TOPIK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU & DISIPLIN

DISIPLIN
²Merupakan satu latihan yang dilaksanakan bertujuan untuk membentuk tingkah laku yang dikehendaki. 
²Menurut T. Rusyandi (1997)- disiplin diertikan sebagai suatu sikap atau tingkah laku dan perbuatan yang sesuai dengan tata aturan atau norma yang digariskan. 
²Amier Daien Indrakusuma (1973)- mengemukakan bahawa disiplin merupakan kesediaan untuk mematuhi peraturan-peraturan dan larangan-larangan.  Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan aman serta keadaan yang teratur agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. 
²Disiplin memainkan peranan yang penting iaitu  ke arah pembentukan sahsiah para pelajar.
²Menurut Tajul Ariffin (1990)- masalah kemerosotan  disiplin pelajar sering ditimbulkan.  Masalah ini sekaligus membawa gambaran negatif  kepada sistem pelajaran kita. 
²Menurut Kamus Dewan, disiplin merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib.

Ordinan Pelajaran 1957
²Peraturan Disiplin 1959
1. Peraturan 4 (Tanggungjawab guru besar atas disiplin)
üGuru besar merupakan orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah & mempunyai kuasa keatas guru-guru dam murid sekolah.
2. Peraturan 5 (kuasa-kuasa guru besar)
üBagi meksud menjaga disiplin dalam kalangan murid-murid, guru besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah sebagaimana perlu atau bermanfaat.






1. Peraturan 10: Rayuan
a) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya atau dibuang sekolah di bawah peraturan 8(a) boleh merayu.
b) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang dibuang sekolah mengikut mana-mana perintah yang dibuat di bawah peraturan 8(b) atau peraturan 9 boleh, dalam tempoh SATU BULAN dari tarikh murid itu dibuang sekolah atau dari tarikh perintah yang disebut dalam peraturan 9(2) disampaikan kepadanya mengikut mana yang lebih lama, merayu kepada Menteri mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 90 dan 91 ordinan.

2. PERATURAN 11
Catatan Dibuang Sekolah Dalam Sijil Berhenti Sekolah
Sijil berhenti sekolah tiap-tiap murid yang dibuang sekolah dibawah peruntukan-peruntukan peraturan 8 atau 9 hendaklah dicatat oleh guru besar dengan catatan yang menyatakan murid itu telah dibuang sekolah dibawah peruntukan–peruntukan peraturan-peraturan ini.


3. PERATURAN 12
Syarat Masuk Balik Sekolah
Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah peraturan 9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang membuatnya). 
(a)masuk atau dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah itu; atau
(b)diterima masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa kebenaran.


SISTEM E-SSDM

Tujuan:
üSistem E-SSDM v2.0 merupakan sistem untuk memasukkan markah sahsiah murid yang mana status sahsiah murid boleh dinilai dan dibantu kearah kecemerlangan budi pekerti
üUntuk membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan yang ada
üMembantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi
üMemastikan murid-murid yang mrlakukan kesalahan disiplin dibantu oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling

Rajag diatas menunjukkan peranan pihak sekolah dalam menangani kes salah laku disiplin murid di sekolah. Setiap individu yang dinyatakan juga bertanggungjawab dalam memastikan semua murid mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Sekiranya terdapat murid yang didapati melanggar peraturan, maka pihak sekolah boleh memberikan denda dan tindakan yang tegas kepada murid yang bermasalah. Perkara ini bagi memastikan semua murid bertingkah laku baik dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah.


 Senarai Hukuman





Berikut merupakan senarai hukuman yang boleh diambil oleh pihak sekolah dalam membanteras kes salah laku pelajar. Hukuman ini dibuat supaya murid tidak lagi mengulangi kesalahan yang dibuat dan sebagai pengajaran kepada murid lain untuk tidak membuat kesalahan yang sama.



Dalam akhbar tersebut, Program dari mahkamah ke bilik darjah (MYC2C) mampu menyuntik semangat cintakan negara dan menghindar jenayah dalam kalangan remaja. Program ini amat berkait dengan pengurusan disiplin dan salah laku pelajar disekolah. Dengan adanya program MYC2C yang dilaksanakan di sekolah ia dapat mengurangkan kes pelajar yang terlibat dalam salah laku. Hal ini kerana program MYC2C akan mendedahkan murid mengenai sistem perundangan supaya mereka tidak terjebak dalam kesalahan jenayah serta sentiasa mematuhi rukun negara.



No comments:

Post a Comment

SEARCH TOPIK PEMBELAJARAN UNTUK TOPIK BLOG :) KLIK TOPIK DI SEBELAH KIRI :)

BLOG KPS 3014