TOPIK 10: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

BUDAYA
üBudaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002).
üBudaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat (Tylor 1871).
üBudaya adalah proses sosial di mana budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan (Bourdieu 1990).

PELBAGAI BUDAYA
ØSatu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.

Walaupun pendidikan pelbagai budaya boleh meningkatkan perpaduan di kalangan pelajar, tetapi pendekatan ini kurang dijalankan oleh para pendidik di Malaysia.


ISU PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA DI SEKOLAH



Menurut berita tersebut, Prof Datuk Dr Teo Kok Seng hubungan etnik dalam sistem pendidikan dipertikai oleh golongan muda dari etnik lain. Beliau berkata, hubungan etnik menjadi cabaran yang datang dari golongan muda khususnya etnik muda bukan melayu yang seringkali mempertikai adat melayu dan enggan menerima adat melayu sebagai sebahagian daripada perkara penting pembangunan nasional.
Tindakan pengasingan etnik pda usia seawal 5 tahun ketika memasuki tadika hingga ke sekolah rendah yang mempunyai 3 aliran budaya semestinya menyukarkan pelajar untuk bergaul dengan etnik lain. Sistem persekolahan perlu dibuat dalam satu aliran sahaja untuk menyatupadukan anak bangsa. Terdapat juga pelajar yang masih tidak pandai berbahasa melayu walaupun behasa melayu merupakan bahasa kebangasaan.
Oleh itu, kewujudan sekolah pelbagai aliran ini tidak melahirkan pelajar yang bersatu padu kerana pelajar tidak didedahkan dengan budaya yang lain. Jadi perpaduan dalam kalangan pelajar dari pelbagai etnik tidak berlaku dan pelajar tidak mengetahui keistimewaan serta kepelbagaian etnik lain.







No comments:

Post a Comment

SEARCH TOPIK PEMBELAJARAN UNTUK TOPIK BLOG :) KLIK TOPIK DI SEBELAH KIRI :)

BLOG KPS 3014