TOPIK 5: PENGURUSAN MURID

PENGURUSAN MURID
ØPengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.

Tujuan Mengurus Rekod Murid
1. Mantapkan sistem pengurusan murid di sekolah
2. Kemaskini profil murid
3. Mengetahui perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar
4. Meyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangan potensi (JERI)
5. Sebagai panduan kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka.
6. Sebagai panduan kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing.

PERBEZAAN MURID
1. Perkembangan Mental
4. Status sosioekonomi
2. Sikap & minat
5. Jantina
3. Kadar pertumbuhan fizikal
6. Kecerdasan individu



Berikut merupakan surat pekeliling mengenai amalan guru penyayang di sekolah. Surat pekeliling tersebut bertujuan untuk membudayakan kasih sayang di sekolah supaya dapat meningkatkan kepedulian (concern) guru terhadap murid pada setiap masa. Perkara ini bagi memastikan murid-murid di sekolah pendapat pengetahuan yang secukupnya dan dilayang dengan adil. Pelaksanaan amalan guru penyayang di sekolah juga dapat mengelakkan guru daripada bersikap pilih kasih kepada murid yang mana guru hanya menumpukan murid yang berada di kelas hadapan berbanding murid yang berada di kelas belakang. Oleh itu, amalan guru cemerlang dapat membendung perkara ini daripada berlaku. Selain itu, amalan ini juga dapat memastikan murid percaya dengan guru untuk membantu sekiranya mempunyai masalah dimana murid boleh menceritakan masalah yang dihadapi untuk mencari jalan penyelesaian.

No comments:

Post a Comment

SEARCH TOPIK PEMBELAJARAN UNTUK TOPIK BLOG :) KLIK TOPIK DI SEBELAH KIRI :)

BLOG KPS 3014