TOPIK 11: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

üPengurusan murid pelbagai upaya yang berkeperluan khas merujuk kepada pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, cacat bahasa (percakapan), mengalami gangguan emosi, autisma, kecacatan mental, anggota, trauma, cacat penglihatan, pendengaran, dan lain-lain yang berpunca dari kesihatan serta termasuklah pelajar yang memiliki pelbagai upaya (pintar cerdas).  
üMenurut Sterberg dan Zhang (1995), menjelaskan kanak-kanak yang berkerluan khas mempunyai kemahiran mereka yang tersendiri. Golongan pelajar-pelajar ini lebih gemar menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih ke arah bersifat santai misalnya seperti aktiviti melukis, menyanyi dan sebagainya.
üMenurut Akta Pendidikan 1996, merupakan Kanak-kanak Down Syndrom, Kanak-kanak Autistik Ringan, Kanak-kanak kurang keupayaan mental, Kanak-kanak bermasalah emosi, Kanak-kanak bermasalah kesihatan, dan Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan.



Dalam berita yang dinyatakan, menurut Timbalan pendidikan, Teo Nie Ching berkata KPM akan melaksanakan usaha dalam menaik taraf sekolah di seluruh negara supaya lebih mesra OKU. Perkara ini penting supaya semua murid biasa mahupun murid kelainan upaya mendapat pendidikan yang selesa dan sama rata. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah sekolah yang belum lagi melaksanakan perkara ini sehingga menyebabkan murid khususnya murid kelainan upaya tidak mendapat pendidikan seperti mana murid biasa .
Oleh itu, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 menjelaskan bahawa setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Justeru pembinaan sekolah mesra OKU perlu dibuat untuk membolehkan murid-murid kelainan upaya dapat belajar dengan selesa dan mendapat pendidikan yang sama dengan murid lain.
Sekolah mesra OKU ini penting kerana setiap murid yang mempunyai kelainan upaya memiliki sikap masing-masing. Mereka bahkan mempunyai bakat mahupun pemikiran yang lebih tinggi berbanding dengan murid biasa. Oleh itu, ruang ataupun bilik khas untuk mereka belajar perlu disediakan supaya potensi dalam diri mereka dapat dikembangkan.

No comments:

Post a Comment

SEARCH TOPIK PEMBELAJARAN UNTUK TOPIK BLOG :) KLIK TOPIK DI SEBELAH KIRI :)

BLOG KPS 3014