TOPIK 3: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

MAKSUD PENGURUSAN:
²Proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984).
²Satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins,1984).

MAKSUD PEMBELAJARAN
²Pembelajaran  adalah merujuk kepada perubahan dalam tingkahlaku subjek atau tingkah laku berpotensi dalam suatu  situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek dalam situasi tersebut
²BowerdanHilgard (1981)- Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku secara kekal.  Pembelajaran mesti diterjemahkan kepada tingkah laku yang boleh diperlihatkan.
²Fryetal (2003)- Pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam perlakuan pelajar yang dididik hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan.

Definisi Pengurusan Pembelajaran
Proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang.


KEPENTINGAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN
Menambah pengetahuan
Menambah produktiviti
Meningkatkan prestasi pelajar
Meningkatkan mutu amalan kerja guru
Berfungsi dalam penyampaian ilmu iaitu berpandukan sukatan pelajaran
Meningkatkan pengawalan kelas




No comments:

Post a Comment

SEARCH TOPIK PEMBELAJARAN UNTUK TOPIK BLOG :) KLIK TOPIK DI SEBELAH KIRI :)

BLOG KPS 3014