Sepanjang 12 minggu berada dalam kelas KPS 3014, saya mendapat banyak ilmu serta dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru dari pelbagai fakulti. Rakan yang menarik perhatian saya dalam kelas ialah Joan. Beliau bukanlah seorang yang baru saya kenali tetapi saya sudah mengenali Joan sejak dari sem 1 lagi. Saya memilih dia untuk di describe dalam blog saya kerana terdapat banyak perwatakan yang menarik dan juga perwatakan yang baik dalam diri beliau yang boleh dijadikan contoh.
Salah satu perwatakan yang saya suka mengenai Joan adalah, berani bercakap di khalayak ramai. Hal ini dapat dibuktikan melalui cara beliau bercakap ketika membentang sangat yakin dan dapat menghuraikan isi-isi pembentangan dengan teratur. Saya sangat menyenangi sikap sebegitu kerana saya sendiri tiada keyakinan untuk bercakap di hadapan terutamanya di kahalayak ramai. Selain kelas KPS 3014, dalam kelas lain juga Joan berani dan yakin untuk bercakap di depan orang ramai. Oleh itu, saya sangat adore dengan sikap beliau.
Selain itu, Joan juga seorang yang ceria dan periang. Sepanjang saya mengenali beliau, saya tidak pernah melihat dia bermasam muka. Dia seorang yang ceria dan periang walaupun kadang-kadang dia mempunyai masalah. Namun begitu, dia tetap ceria dan riang seolah-olah tidak mempunyai masalah. Dia juga berusaha untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapinya. Melalui sikap yang ditunjukkan, saya berasa senang dengan Joan yang selalu ceria dan dapat menyelesaikan masalah.
Kesimpulannya dalam kelas KPS 3014, Joan merupakan rakan satu-satunya rakan yang saya kenal dan senang berkawan dengan dia. Perkara ini tidak bermakna saya tidak mengenali rakan yang lain tetapi saya lebih senang untuk berkawan dengan Joan lagipun saya telah mengenali dia sejak dari sem 1 lagi. Oelh itu, saya memilih dia untuk diceritakan dalam blog saya.
No comments:
Post a Comment