TOPIK 1: SOSIOLOGI & PEMBELAJARAN




TOKOH-TOKOH SOSIOLOGI


1. Ibnu Khaldun (1322-1406)


üSosiologi merupakan bidang sains yang berdiri sendiri dan memiliki objeknya iaitu peradaban sosial dan peradaban manusia. 
üMengkaji perkaitan antara institusi sosial seperti politik dan ekonomi serta meneliti hubungan antara institusi sosial berkenaan.
üPenyelidikan masyarakat secara saintifik dan empirikal dalam mencari punca-punca fenomena sosial.


2. Auguste Comte (1798-1857) 


üMengasaskan ilmu Sosiologi (Barat).
üSosiologi = ilmu sains paling signifikan dan kompleks berbanding dengan sains lain.
üMemperkenalkan hierarki sains dengan bidang sosiologi berada pada kedudukan teratas (ratu).
üPenyelidikan masyarakat perlu dilakukan secara saintifik dan sistematik.

3. Karl Marx (1818-1883)



üMerupakan ahli falsafah, ekonomi, dan revolusi yang berasal dari Jerman.
üPerubahan sosial bukanlah dipengaruhi oleh nilai atau idea, tetapi dipengaruhi oleh ekonomi.
üMengkritik sistem kapitalisme – pihak berkemampuan (borjuis) mendominasi ekonomi sementara pekerja (proletariat) terpaksa bekerja dengan borjuis.


4. Emile Durkheim (1858-1917)

üBerasal dari Perancis.
üSosiologi hanya boleh dianggap sebagai sains sekiranya pengkaji menfokuskan kajian kepada fakta sosial yang perlu dikaji seperti mana mengkaji benda (kehidupan sosial dapat dikaji seperti objek nyata).
üDalam masyarakat moden pembahagian tugas akan mengambil alih tugas agama sebagai asas ikatan sosial.
üAnomie (perasaan hilang arah disebabkan keadaan sosial tertentu) menyebabkan masyarakat moden memerlukan moral.

5. Max Weber (1864-1920)


üStrafikasi bukan disebabkan oleh ekonomi sahaja tetapi adalah multidimensi: ekonomi, status dan kuasa.
üMenganggap agama penting sebagai agen perubahan.
üKonsep ideal type= konsep yang menggambarkan ciri utama sesuatu perkara atau fenomena.
üIdea dan nilai (selain faktor ekonomi) memberi kesan kepada perubahan sosial.
üKajian sosial: manusia perlu ambil kira tentang perilaku (tidak sama seperti mengkaji sains fizikal).

6. George Herbert Mead (1863-1931)


üBeliau adalah seorang ahli falsafah dan ahli psikologi sosial di University of Chicago.
üBeliau menyatakan bahawa manusia berinteraksi satu dengan yang lain secara langsung melalui simbol-simbol. Simbol boleh terdiri daripada perkataan, objek, perlakuan, bahasa.
üMenurutnya interaksi antara individu adalah sangat penting


PERSPEKTIF SOSIOLOGI







Jenis teori sosiologi


PENDIDIKAN
ØSuatu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah kesempurnaan (Syed Muhammad Qutb)- ilmuan islam
ØSuatu proses perkembangan individu dimana pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi (John Dewey)- ilmuan barat
üPendidikan adalah proses pemindahan secara formal dan tidak formal pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berlaku antara satu generasi ke satu generasi yang lain atau dalam generasi yang sama (Amir Hasan, 2006).



Matlamat pendidikan
Perkembangan potensi diri
Pemilihan
Sosialisasi
Pembudayaan
Pembinaan negara bangsa
Pelaburan








No comments:

Post a Comment

SEARCH TOPIK PEMBELAJARAN UNTUK TOPIK BLOG :) KLIK TOPIK DI SEBELAH KIRI :)

BLOG KPS 3014