TOPIK 8: PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

        Sekolah berperanan mengurus dan melaksanakan SPBT seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi memastikan pengurusan dan pelaksanaan SPBT berjalan lancer dan efisien, personel yang terlibat dengan program SPBT wajar memainkan peranan masing-masing. Pengurusan dan pelaksanaan SPBT peringkat sekolah melibatkan Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM), Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Penolong Kanan (GPK), Guru penyelaras SPBT, Guru Penyelaras Tahun/Tingkatan, Guru Kelas, murid, dan juga ibu bapa/penjaga.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGETUA/GURU BESAR.
1) Menubuhkan jawatankuasa SPBT Sekolah yang dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar dan dianggotai oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM), Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Penolong Kanan Petang (GPK Petang), Ketua Bidang, Panitia Mata Pelajaran, Guru Penyelaras SPBT, Guru Penyelaras Tahun/Tingkatan serta guru kelas.
2) Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa SPBT sekolah atau diwakilkan kepada Timbalan Pengerusi. Antara agenda mesyuarat termasuklah :
a) Penetapan peraturan penjagaan buku teks SPBT
b) Penyelarasan tindakan bagi salah laku disiplin SPBT selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) yang dikeluarkan oleh KPM
c) Pembukaan/Penutupan kelas dan perubahan enrolmen murid perlu diambil kira sebelum membuat pesanan buku teks SPBT.
d) Pemilihan dan penawaran mata pelajaran sebelum membuat pesanan buku teks SPBT.
e)  Bertanggungjawab terhadap ketetapan dan kesahihan semua data dan maklumat berkaitan dengan SPBT.
f)  Menentukan pembukaan kelas/mata pelajaran baru sebelum membuat pesanan buku teks SPBT.
g)  Melantik Guru Penyelaras SPBT dan Guru SPBT yang berdedikasi dan bertanggungjawab.
h) Memastikan maklumat tentang SPBT disampaikan kepada semua guru, murid, dan ibu bapa/penjaga dari semasa ke semasa.
i) Memastikan borang maklumat murid (BMM) diproses dengan betul dan saksama.
j) Memastikan ibu bapa/penjaga dimaklumkan status kelayakan SPBT murid, khususnya untuk murid yang bukan warganegara.
k) Menerima bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar dan menandatangani Nota Serahan/Sijil Akuan Penerimaan(SAP)/Invois setelah memastikan judul dan bilangan naskah buku menepati Penyata Bekalan Buku Teks (BTBT460).
l) Menurunkan surat penurunan kuasa penerimaan buku teks SPBT kepada guru bertugas atau Pembantu Tadbir sekolah bagi tujuan penerimaan buku teks SPBT daripada penerbit atau wakil pengedar semasa ketiadaan pihak Pentadbir Sekolah dan Guru Penyelaras SPBT.
m) Memastikan Nota Serahan/SAP/Invois dikembalikan kepada penerbit/pengedar dengan kadar segera.
n)  Memastikan pelupusan buku teks SPBT dibuat dari semasa ke semasa.
o) Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap teguran dan laporan berhubung dengan SPBT.
p) Bekerjasama dengan JPN/JAIN/PPD mengenai pengurusan dan pelaksanaan SPBT di sekolah.
q) Memastikan penubuhan dan pelaksanaan Kelab SPBT di sekolah, berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh KPM.
r)  Menggalakkan penubuhan pengawas SPBT.
s) Memastikan buku teks SPBT digunakan secara optimum dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).
t) Menyemak dan mengesahkan buku stok SPBT pada 31 Disember setiap tahun.
u)  Menyediakan kemudahan peralatan ICT bagi pelaksanaan Sisteksbbt dan eMATEKS.
v) Memastikan pelaksanaan penggunaan Sisteksbbt dan eMATEKS dalam pengurusan SPBT.
w) Memastikan Guru Data mengemas kini data Sistem Maklumat Murid (SMM).

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (GPK HEM)
1. Meneliti dan melaksanakan semua arahan yang berkaitan dengan SPBT.
2.  Merancang pengurusan SPBT di sekolah dengan bantuan Guru Penyelaras SPBT.
3. Menyediakan dan mematuhi takwim SPBT sekolah.
4. Menyediakan dan menyimpan maklumat SPBT.
5. Memastikan pemprosesan dan kelulusan kelayakan pinjaman buku teks SPBT seperti yang terkandung dalam Bahagian C di Borang Maklumat Murid.
6. Menganggotai Jawatankuasa Pengurusan SPBT Sekolah.
7. Menghadiri taklimat/kursus dan bekerjasama dengan PPD/JAIN/JPN/BBT berkaiatan dengan program SPBT sekolah.
8. Memastikan semua maklumat dan data yang dikemukakan kepada PPD/JAIN/JPN/BBT adalah benar dan tepat terutamanya Borang Keperluan Buku Teks (BTBT190/170) dan Penyata Bekalan Buku Teks (BTBT460).
9. Menerima bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar dan menandatangani nota serahan/Sijil Akuan Penerimaan(SAP)/Invois atau nota serahan.
10. Memastikan penerimaan Buku Teks SPBT direkod dalam Buku Stok, ditulis nombor perolehan serta tarikh penerimaan dan disimpan dengan baik.
11. Menyemak buku stok yang dikemas kini dari semasa ke semasa.
12. Memastikan murid layak menerima buku teks SPBT.
13. Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas buku teks SPBT di tangan murid dari semasa ke semasa.
14. Melaporkan kepada PPD/JAIN/JPN tentang lebihan/kekurangan buku teks SPBT di sekolah.
15. Memastikan buku teks SPBT yang berlebihan dihantar ke BOSD dengan kadar segera.
16. Memastikan buku teks SPBT diambil daripada BOSD dengan kadar segera jika berlaku kekurangan buku teks SPBT di sekolah.
17. Memastikan pelupusan buku teks SPBT dibuat dari semasa ke semasa atau mengikut masa yang ditetapkan oleh JPN.
18. Melaporkan kepada Pengetua/Guru Besar sebarang masalah berkaitan SPBT.
19. Membuat tindakan susulan terhadap teguran aduan atau laporan berhubung dengan pelaksanaan dan pengurusan SPBT.
20. Memberi taklimat kepada semua guru dan staf sokongan sekolah mengenai dasar-dasar terkini pelaksanaan SPBT dari semasa ke semasa.
21. Memastikan semua guru dan staf sokongan sekolah memberi kerjasama dalam pelaksanaan dasar SPBT di sekolah.
22. Memastikan pelaksanaa Sisteksbbt dan eMATEKS di sekolah.
23. Menghadiri sesi taklimat penentuan keperluan buku teks SPBT dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pesanan tersebut.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM.
1. Menubuhkan Kelab SPBT di sekolah.
2. Mendaftarkan penubuhan Kelab SPBT.
3. Membantu Guru Penasihat Kelab SPBT (Guru Penyelaras SPBT) melaksanakan aktiviti kelab.
4. Memantau pelaksanaan aktiviti Kelab SPBT di sekolah.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENYELARAS SPBT
üPengurusan Am
1) Menghayati, mematuhi dan melaksanakan semua arahan berkaitan SPBT.
2) Mendapatkan salinan Borang Maklumat Murid, khususnya bahagian C  daripada GPK HEM
3) Mendapat dan merumuskan data enrolmen murid daripada Jawatankuasa  Pemilihan Bantuan Sekolah.
4) Memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga, status murid yang tidak layak  menerima SPBT; contohnya murid bukan warganegara.
5) Menjadi setiausaha dalam Jawatankuasa Pengurusan SPBT Sekolah dan AJK  dalam Jawatankuasa  Pemilihan Bantuan Sekolah.
6) Melaporkan kepada GPK HEM sebarang masalah berkaitan SPBT untuk  tindakan selanjutnya.
7)  Melaksanakan aplikasi Sisteksbbt dan eMATEKS dalam pengurusan SPBT di  sekolah.
üPenentuan Keperluan Buku Teks SPBT.
1) Mendapatkan data enrolmen murid yang tepat.
2)  Menyediakan permohonan keperluan buku teks SPBT dengan tepat dan  benar.
3) Meyediakan senarai murid yang tidak memerlukan pinjaman buku teks SPBT
4) Merujuk Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan tentang pembukaan dan  penutupan kelas sebelum membuat pesanan buku teks
üPenerimaan Buku Teks SPBT
1. Menerima dan menyemak bekalan buku teks SPBT daripadapenerbit atau pengedar berpandukan Penyata Bekalan Buku Teks (BTBT460) dan kriteria  yang ditetapkan.
2. Menerima bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar dan  menandatangani SAP/Invois atau Nota Serahan.
3. Mengurus penggantian buku teks SPBT yang diterima dalam keadaan rosak   daripada penerbit.
4.  Memastikan bukuteks SPBT dicapkan nama sekolah, mencatatkan tarikh  penerimaannya serta diberikan nombor perolehan pada ruangan yang  disediakan pada buku teks SPBT
üPengagihan Dan Pemulangan Buku Teks SPBT.
1. Menyelaras pengagihan dan pemulangan buku teks SPBT murid melalui  Penyelaras Tingkatan/Tahun atau Guru Kelas.
2.  Menyelaras dan menyemak pengisian Borang Rekod Pinjaman Buku Teks  (Borang SPBT G)
3. Mengedar dan mengumpulkan semula Surat Akuan Pengesahan Penerimaan  dan Perjanjian Penjagaan Buku Teks SPBT.
4. Mengurus penggantian buku teks yang dirosakkan/dihilangkan oleh murid.
üPengurusan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)
1. Mengurus Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)
2. Mengurus dan mengemaskini semua fail serta buku stok SPBT dari semasa ke semasa dengan kerjasama Ahli SPBT Sekolah.
3. Membuat pemeriksaan fizikal buku teks SPBT yang diterima daripada penerbit dan disimpan di BOSS serta di tangan murid dari semasa ke  semasa.
4. Mengurus pelupusan buku teks SPBT dari semasa ke semasa yang   ditetapkan oleh PPD/JAIN/JPN.
5. Merancang dan melaksanakan aktiviti baik pulih buku teks SPBT.
6. Memastikan buku lebih di BOSS tidak melebihi lima naskah bagi setiap judul.
üKelab SPBT.
1. Membantu Guru Penolong Kanan Kokurikulum menubuhkan Kelab SPBT, membentuk perlembagaan dan peraturan Kelab SPBT di sekolah.
2.  Menjadi Guru Penasihat Kelab SPBT sekolah.
3.  Membimbing pelaksanaan Kelab SPBT sekolah.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENYELARAS TAHUN/TINGKATAN
1. Bekerjasama dengan Guru Penyelaras SPBT mengurus pelaksanaan SPBT.
2. Menyelaras pengagihan buku teks SPBT kepada murid melalui guru kelas.
3. Menyelaras pengisian Borang SPBT G.
4. Menyelaras pengumpulan buku teks SPBT daripada murid melalui guru kelas.
5. Membantu Guru Penyelaras SPBT menyampai dan mengumpulkan maklumat SPBT kepada guru kelas dari semasa ke semasa.
6. Menganggotai Jawatankuasa SPBT Sekolah.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS.
1. Bekerjasama dengan Guru Penyelaras SPBT dalam pengurusa dan  pelaksanaan SPBT sekolah.
2. Menganggotai Jawatankuasa SPBT Sekolah.
3. Menyediakan senarai nama murid mengikut kelas.
4. Mengagih atau mengumpul semula buku teks SPBT kepada/daripada murid.
5. Mengisi borang SPBT G dan mendapatkan pengesahan penerimaan dan pemulangan buku teks SPBT daripada murid.  
6. Memastikan murid melengkapkan maklumat diri di ruangan yang disediakan pada  cap SPBT dalam buku teks SPBT.
7. Memaklumkan kepada murid tentang peraturan pinjaman dan tatacara penjagaan buku teks SPBT.
8. Mengurus dan mendapatkan penggantian semula buku teks SPBT yang dihilangkan/dirosakkan oleh murid daripada ibu bapa dan penjaga.
9. Membantu Guru Penyelaras SPBT melaksanakan Sisteksbbt.


PERATURAN BILIK OPERASI SEKOLAH (BOSS)
1. Dilarang membawa masuk beg, fail, buku, dan makanan termasuk Buku SPBT kepunyaan sendiri.
2. Semasa berada di BOSS, murid dilarang membuat bising, makan, minum atau berkelakuan tidak sopan.
3. Murid dikehendaki berpakaian seragam sekolah atau kokurikulum ketika berada di BOSS.
4. Murid DILARANG masuk ke BOSS tanpa kebenaran guru SPBT.
5. Buku-buku SPBT dari rak terbuka, tidak boleh dibawa keluar dari BOSS.
6. Selepas menggunakan BOSS, sila pastikan tiada sampah ditinggalkan, meja dan kerusi disusun rapi dan matikan suis lampu dan kipas.
7. Murid/Pengawas BOSS yang tidak mematuhi peraturan BOSS boleh dikenakan tindakan.

ISU BERKAITAN SPBT


Menurut laporakn akhbar tersebut, Dr Maszlee Malik, menteri pendidikan berkata bahawa antara isu utama yang ditampilkan oleh pelbagai pihak terutamanya ibu bapa dalam penambahbaikan sistem pendidikan adalah isu beban beg sekolah. KPM juga sedang mengkaji bahawa kemungkinan murid tidak perlu lagi membawa buku teks ke sekolah. Sistem pembelajaran yang lebih berkonsepkan pertanyaan dan kajian perlu diterapkan seperti mana sistem yang diguna pakai oleh negara maju yang lain.
Penyelesaian mengenai beban beg sekolah dengan tidak membawa buku teks adalah logik kerana ia tidak memakan kos dan dapat memudahkan guru supaya dapat mengajar menggunakan teknologi serta dapat memudahkan pelajar. Oleh itu, selepas ini tidak timbul pelajar yang malas kesekolah kerana beban beg sekolah yang berat dan tidak timbul masalah pelajar yang ponteng kerana takut dimarahi oleh guru disebabkan tidak membawa buku teks.


No comments:

Post a Comment

SEARCH TOPIK PEMBELAJARAN UNTUK TOPIK BLOG :) KLIK TOPIK DI SEBELAH KIRI :)

BLOG KPS 3014