KEPIMPINAN SEKOLAH
² Kepemimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni sendiri.
² Robert Kreither- Keupayaan mempengaruhi anggota untuk mencapai tujuan organisasi secara sukarela. Pengertian ini menekankan pada kemampuan pemimpin yang tidak memaksa dalam menggerakkan anggota organisasi agar melakukan pekerjaan/kegiatan yang terarah pada tujuan organisasi.
ORGANISASI SEKOLAH
² Perihal menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm masyarakat atau sesuatu kelompok (sekolah).
² Organisasi sekolah membantu pengurusan untuk mencipta sebuah keadaan yang efektif di sekolah.
² Dengan adanya organisasi di sekolah ia dapat memastikan sistem di sekolah lebih tersusun untuk mewujudkan suasana kondusif
Isu Semasa Mengenai Kepimpinan & Organisasi Sekolah
Menurut laporan daripada wartawan kosmo online pada 18 Julai 2018, guru-guru di SMK Ketereh menaikkan sepanduk dalam kawasan sekolah untuk menggesa Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan supaya pengetua di sekolah tersebut ditukar. Hal ini kerana guru-guru, pekerja sekolah serta pelajar tertekan ketika berada di sekolah disebabkan pengetua di sekolah berkenaan sering mengeluarkan kata-kata ugutan. Perkara ini telah menyebabkan seramai 49 orang pelajar perempuan, 2 orang guru, seorang pembantu makmal dan seorang pelajar lelaki diserang histeria berikutan dengan tekanan yang dihadapi.
Oleh itu, melalui kes seperti ini dapat disimpulkan bahawa pengetua yang juga berperanan sebagai ketua organisasi disekolah yang bertanggungjawab dalam hal pengurusan dan pentadbiran sekolah serta untuk mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi luar telah gagal dalam melaksanankan tanggungjawabnya disekolah. Jika pengetua sekolah tersebut gagal melaksanakan tugas dengan baik maka organisasi sekolah tersebut tidak berjalan dengan baik. Justeru, seseorang pengetua perlulah mempunyai nilai-nilai murni dalam diri supaya kepimpinan dan juga organisasi di sekolah dapat dilaksanakan dengan baik.
No comments:
Post a Comment