TOPIK 14: PENGURUSAN PENCEGAHAN DADAH

Apa itu PPDa?
PPDa adalah singkatan kepada Pendidikan Pencegahan Dadah. Program ini merupakan salah satu program melibatkan murid anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dalam usaha melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran menolak ancaman dadah dan gejala sosial. Fenomena penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah perlu dipandang serius kerana ia mempunyai perkaitan dengan permasalahan disiplin seperti merokok, ponteng sekolah, melawan guru, mencuri, bergaduh dan merosakkan harta benda sekolah. 
        Pada kebiasaannya, pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah bukan sahaja menghadapi permasalahan disiplin dan akademik tetapi mereka juga terdedah kepada risiko gejala sosial di luar sekolah seperti penglibatan dengan kumpulan samseng, pergaulan bebas, melepak dan lari dari rumah Kementerian pelajaran telah mengatur pelbagai strategi pencegahan awalan bagi menangani permasalahan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah rendah dan sekolah menengah. Program ini ditumpukan di sekolah kerana hasil kajian menunjukkan penagih dadah mula mencuba dadah ketika mereka masih di bangku sekolah.

Visi, Misi dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan visi, misi serta matlamat PPDa yang perlu direalisasikan oleh setiap sekolah di Malaysia mahupun negara kita sendiri. Visi PPDa adalah untuk melahirkan sekolah yang bebas daripada Dadah mulai tahun 2012 dan negara yang bebas dadah mulai tahun 2015. Matlamat PPDa pula adalah untuk melahirkan pelajar yang bebas daripada aktiviti penyalahangunaan dadah melalui program PPDa yang dilakukan secara berkesan disekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).
 Selain itu, PPDa dianjurkan dengan matlamat untuk memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada pelajar, guru, kakitangan sekolah mahupun ibu bapa mengenai bahanya penyalahgunaan dadah. Hal ini kerana penyalahgunaan dadah banyak memberikan kesan yang negatif kepada manusia. Oleh itu, dengan adanya sasaran “sekolah bebas dadah 2012” yang telah dilaksanakan oleh KPM, perkara ini berupaya untuk menghalang mereka terutamanya pelajar untuk mendekati dadah.


Kelakuan Seorang Pengguna Dadah Itu Berubah

Daripada
Kepada
ü Siuman, rajin bercakap dan suka menyatakan perasaan
ü Pendiam, fikiran bercelaru dan menjauhkan diri
ü Cergas, sihat dan penuh bertenaga
ü Cemas, kaku dan gelisah
ü Segak, yakin diri dan tabah hati
ü Tertekan, terharu dan berasa bersalah
ü Suka menolong, menumpukan  dan perhatian penuh dan boleh diharap
ü Ragu-ragu, kerap lupa, pasif tidak bermaya
ü Penuh kemahuan, cergas dan bersemangat
ü Tidak ambil tahu, pasif dan tidak bermaya



Tanda-tanda Biasa Secara Am Bagi Penyalahgunaan Dadah Yang Terdapat pada Pengguna Inhalan:
i) Perubahan-perubahan dari segi kehadiran di sekolah atau tempat kerja.
           ii) Perubahan dari kebolehan-kebolehan biasa (tabiat kerja, kecekapan dan lain-lain).
          iii) Perwatakan tidak kemas termasuklah pakaian dan kebersihan diri yang tidak
dipedulikan. (Tanda-tanda ini mungkin terdapat apabila seseorang itu telah
betul-betul ketagih dadah. Tanda-tanda ini mungkin tidak ada di peringkat-
peringkat awal).
iv) Berusaha seboleh-bolehnya menutup lengan untuk menyorokkan tanda-tanda jarum.
v) Selalu ke bilik tandas dan kelakuannya berubah tiap-tiap kali ia berbuat demikian.
vi) Bercampur dengan pengguna-pengguna dadah yang diketahui.
vii) Mencuri barang-barang yang boleh dijual dengan mudah untuk mendapatkan wang (menampung tabiat dadah).


Surat Pekeliling PPDa

1. Surat Pekililing Ikhtisas bil. 4/2010 (Pelaksanaan Ujian Urin Murid Sekolah)

Kementerian Pelajaran Malaysia memandang serius mengenai penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid. Oleh itu, KPM telah mewujudkan surat pekeliling ikhtisas bil. 4/2010 iaitu merujuk kepada pelaksanaan ujian urin di sekolah bagi mengesan dan juga mencegah murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan tersebut. Ujian urin ini dilakukan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangasaan dan juga pihak sekolah dalam mengenal pasti sama ada murid terlibat ataupun tidak dalam jenayah dadah. Ujian ini dilakukan secara rawak oleh pihak sekolah dan sekiranya selepas ujian urin dibuat dan mendapati bahawa ada murid yang positif dadah, pihak sekolah tidak boleh mendedadkan segala maklumat berkenaan murid yang terlibat kerana ia adalah sulit dan tidak boleh didedahkan.
PPDa bukan sahaja merujuk kepada penyalahgunaan dadah tetapi juga kegiatan rokok, alkohol, inhalan dan HIV. Mana-mana pelajar yang terlibat dalam kegiatan tersebut perlu diambil tindakan yang tegas kerana perkara ini merupakan kesalahan yang serius. Antara tindakan yang boleh diambil ke atas pelajar yang terlibat dalam dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV adalah rotan, gantung sekolah, buang sekolah dan juga sesi kaunseling. Sekiranya kes sangat teruk, kes ini boleh mejadi kes polis dan pihak polis bertanggungjawab untuk mengendalikan kes tersebut. Oleh itu, dengan adanya tindakan yang tegas oleh pihak sekolah murid-murid akan berasa takut dan tidak akan mengulangi kesalahan yang dilakukan.





No comments:

Post a Comment

SEARCH TOPIK PEMBELAJARAN UNTUK TOPIK BLOG :) KLIK TOPIK DI SEBELAH KIRI :)

BLOG KPS 3014