TOPIK 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

MAKSUD:
üCara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran, susunan fizikal, dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah, bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, sekali gus mengurangkan masalah tingkah laku (Alberto & Troutman, 1986).

Tujuan pengurusan bilik darjah adalah untuk memudah cara atau mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas.

Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran

PERANAN GURU DALAM MELAHIRKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF
1. Kedudukan Meja Pelajar
üMeja guru biasanya terletak di hadapan bilik darjah. Keadaan ini memberi gambaran guru sebagai seorang pemerintah yang menguasai semua muridnya. Di kedudukan ini, semua murid dapat melihat guru, dan meja guru jelas kelihatan dari pintu darjah.
üPenyusunan kerusi meja murid dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya perlu dikawal, dan ditentukan oleh guru, kerana penyusunan ini ialah cara mengawal disiplin juga dan dengan cara itu guru harus memisahkan murid- murid yang perlu dipisahkan atau membiarkan murid yang perlu berseorangan.

2. Alat Bantu Mengajar (Abm)
üAlat bantu mengajar (ABM) seperti carta haruslah digantung di suatu tempat yang sesuai supaya semua murid boleh melihatnya dengan mudah.
üSemasa menggunakannya, guru haruslah membimbing murid-murid meneliti perkara yang penting supaya tidak membazirkan masa murid-murid serta boleh mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki.
üJika carta itu mengandungi beberapa bahagian, guru boleh menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada murid-murid bahagian demi bahagian mengikut urutan penerangan guru.
üCara ini boleh menarik minat murid serta membangkitkan daya pemikiran mereka.

3. Papan Kenyataan
üPapan kenyataan hendaklah dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi.
üSetiap papan kenyataan sudut matapelajaran hendaklah diisi dengan nota-nota yang penting.
üGuru hendaklah mengagihkan setiap sudut mata pelajaran kepada beberapa kumpulan pelajar untuk mereka penuh kan papan kenyataan tersebut.

Pengurusan Persekitaran Bilik Darjah



ISU BERKAITAN PAK21


Dalam sinar online pada 20 disember 2018, menteri pendidikan iaitu Dr Maszlee Malik telah melancarkan Kempen Guru Pembelajaran Alaf ke-21. Menurut beliau, PAK21 merupakan ciri-ciri dan kemahiran yang perlu ada dalam setiap murid dalam mendepani cabaran abad ke-21. PAK21 salah satu inisiatif kementerian dalam memperjuangkan pembelajaran murid dengan menumpukan 5 piawaian asas iaitu komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis, kreativiti serta nilai dan sahsiah. Dengan pengamalan PAK21 di setiap sekolah ia dapat memudahkan guru dan murid untuk berinteraksi dalam kelas seterusnya membolehkan pengajaran dan pembelajaran berlangsung setanding dengan negara maju yang lain seperti Jepun dan Amerika.

No comments:

Post a Comment

SEARCH TOPIK PEMBELAJARAN UNTUK TOPIK BLOG :) KLIK TOPIK DI SEBELAH KIRI :)

BLOG KPS 3014